Monday, January 19, 2015

Disaat Merindui kamu wahai anakku..

Iman lahir 11/5/2014 walaupon dia lahir pada hari ibu tanpa nyawa aku redha dengan ujian-Mu..

9/5/14-pkl 10am rutin check weekly seperti biasa akhirnya nurse ckp bp tinggi dan aku ckp dorg baby move slow minggu ni..terus doc KK checkup dan scan jantung baby dah xde..aku rasa panik dan tak percaya tp still anggap scan dia rosak kot..terus dorg bg ubt darah tinggi dan ambulan get ready bawa aku g hospital putrajaya..dkt putrajya doc scan n ctg still dpt result yg sama aku redha..ahli keluarga semua start risau ats berita yg aku smpaikan..encik suami sedih aku lg la sedihkn tp aku redha dan tekanan perasaan yg amat tinggi..terus admit sbb risiko pada si ibu yg mngandung baby meninggal amat tinggi..transfer wad family suami datang..semua menenangkn aku..tp ye la sedih kan..tekanan darah naik dengan jayanya...mntah 2x..doktor pakar sahkn preeklamsia...terus dimasukkan ubat elak sawan 15minit masuk non stop..lepas tu doc transfer aku masuk wad bersalin untuk pantauan lebih lanjut dan persediaan untuk keluarkan iman..
Tido dengan penuh kesakitan.tangan kanan dicucuk drip air n ubat elak sawan 24jam.tangan kiri ltak alat tekanan darah.bahagian bawah cucuk tiub urine untuk biarkan aku rehat sahaja di atas katil..tdo yg sgt tidak selesa..nasib da suami yg memahami thanks syg..
10/5/14-pg2 dikejutkn nurse check bp,dia lapkan badan tukar baju lain..breakfast milo n biskut...pkl 7am induce yg pertama..sakitnya tuhan yg tau...masih dipantau..pkl 2pm contraction sudah dirasai dan bukaan baru 1cm...doktor seluk check bukaan 3x masuk induce 3x..akhirnya sakit bsalin dtg pkl 4.20am....lahirla MUHAMMAD IMAN SYAWAL B MOHD IKHWAN..xtau nk ckp gembira ke sedih..tp aku rasa dah la azab bersalin normal..bertarung dengan nyawa tuhan je tau..suami dtang lawat n kmi tatap wajah iman sama2..comel sangat..tp iman Allah syg..mama n papa redha cuma rindu sgt iman dlm prt..comel mcm mama tinggi macam papa...kcik n tinggi je...comel sgt rambut lebat..keluarga dan suami uruskn kebumikan iman..ptg setel semua family,suami sedara n kwn2 dtg melawat.. Sedih tapi redha je la..
11/5-15/5 admit smpai ksihatan ok. Kwn2 dtg lawat sedara n keluarga terubat sket bosan yg melanda.nasib baik mr popo sedia meneman smpai kluar wad.Tinggal sorang-sorang dekat wad tanpa anak adalah sangat menyedihkan sampai dari admit bilik 4 katil..mr popo tukar bilik single..dia tak sanggup tengkok aku terasa hati berkongsi bilik yang ibu mempunyai anak.Di saat aku terkenang kan Iman yang tiada di saat tu juga anak katil sebelah menangis sungguh sebak sungguh terasa sedih bersalin tanpa anak disisi.Disaat masing-masing memeluk anak dan susukan anak mereka..Susu badan aku dihentikan kerana anak meninggal.Aku redha tapi perit dihati tak siapa yang tahu..Dihadapan orang aku sangat kuat ketawa,buat kelakar,tapi dalam hati Allah je tahu..teringat kata-kata seminggu selepas aku disahkan mengandung..mak cakap "mak tak larat nak jaga hang dalam pantang"..rupanya ayat tu petanda mak pergi dulu..Iman pon ikut tok ye sbb wan tak pandai bab2 pantang ni..Aku kena kuat demi kesihatan aku terus baik..Hari-hari dihospital aku tabahkan hati untuk keluar cepat..Akhirnya cukup seminggu di hospital aku dibenarkan keluar.Walaupon keluarga suami yang banyak membantu Alhamdullillah bersyukur dapat keluarga yang baik hati..
16/5- 24/5 sambung berpantang di rumah cik nor..nurse dtg ke rumah cik nor 5hr bturut2..ckup 2weeks bsalin kna g KK checkup.Aku sangat kuat berpantang di rumah cik nor setitik air mata pon aku tak akan bagi cik nor lihat sebab cik nor lagi tabah dari aku kerana dia pon pernah ada  kes macam aku kehilangan anak dalam rahim cuma kes dia mengandung anak kembatr di luar rahim..Dengan tiada pengalaman dia jaga aku sungguh-sungguh macam seorang mak..Sungguh-sungguh aku tahan sebak di dada ..mr popo cakap jangan nangis depan cik nor dia lagi sedih nanti..Saat aku rindukan  Iman bilik air tempat aku menangis..Di depan orang aku sangat tabah..Mr Popo je tahu perasaan aku kerana kami kehilangan zuriat pertama kami...
24/5-6/7-berpantang di rumah kedah
Rutin check up seminggu 2x ahd n khamis smpai 1/7..Berpantang di Kedah lagi menguji tahap kesedihan aku...Rumah yang sunyi tanpa sesiapa kecuali abah dan aku..Setiap hari aku menagis..Abah  jaga aku sungguh2 lagi buat aku terharu..Dari segi sediakan air mandi dan penyediaan makanan dalam pantang semua abah uruskan.Setiap hari aku rindukan emak dan Iman...Makin meningkat hari dan penghujung seai berpantang Alhamdulillah rasa semakin sihat.Aku sudah semakin tabah disamping keluarga tersayang..Berat badan pon menyusut 12kg dan tekanan darah aku disahkan normal seperti biasa.Selesai sesi pantang aku balik semula ke Sepang.
7/7-amik darah kat hosp putrajaya.utk sahkan penyebab sbb iman meninggal dalam perut..banyak giler darah dia amik dalam 6 tiub macam tu.Perit sakit semua ada tk pe lah demi kesihatan yang bagus.
20/8-result makmal uji kaji darah kes iman meninggal keluar.Doktor sahlan aku sihat dan mengijut kajian darah berkemungkinan Iman meninggal kerana zat dari darah aku ke uri tak sampai.Kesannya Iman tak dapat nutrien yang cukup dan meninggal..Kuasa Allah yang menguji aku redha dengan ujian -Mu..



Walaupon Iman pergi 8 bulan lebih tetapi kenangan mama bsama Iman tetap
Mama ingat sampai bila-bila.Miss u son...mama dan papa syg awak sgt2..

No comments:

Post a Comment