Friday, January 23, 2015

Nak beli rumah nak beli rumah...

Umur semakin meningkat tapi tekanan hidup kat Malaysia pon semakin dasyat dulu pergi supermarket boleh beli macam-macam kalau bawa rm50..sekarang kalau beli barang dapur minimum dalam beg duit mesti ada rm50...risau kalau-kalau duit tak cukup..pergi kedai runcit pon beli dekat rm20-rm30 ada hati nak pergi supermarket bapak giant dan tesco tu..uiiii mau kena pakai debit card dan kredit kad hahahha tu tabiat aku kalau pergi mall ...BAHAYA...Jadi kita kena amalkan simpan duit secara berhemah..sapa rajin baca boleh la ikut tips kat bawah ni.👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

BELILAH RUMAH SEBELUM 30 TAHUN
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30-an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha dengan langkah-langkah ini :
  1. Buat satu Tabung Rumah Impian
  2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang
  3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250
  4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
  5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan
  6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja
  7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000
  8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru (jangan jadi dungu)
  9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000
  10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa
  11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya
  12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada. Amacam? Ada berani?
  13. Oh lupa, semak rumah subsale dimudah.my
  14. Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah bebulu
  15. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu. Wallahu A’llam

Tips ni aku cedok dari :http://thevocket.com/cara-mudah-simpan-duit-beli-rumah/

No comments:

Post a Comment